Hai semua Assalamualaikum
Mus PKP ni banyak yang duduk rumah esok kita nak hidupkan balik blog yang sepi ini supaya dia tak sepi lagi
Dah lama sangat blog ni sepi kan
Zila sayang sangat nak tinggalkan blog ni sebab dalam blog ni ada macam-macam kisah hidup zila,
Apa yang Zila pernah jual Selama ni Zila suka cerita kat dalam blog
Zila ni kalau you all nak tahu Zila ni seorang yang suka berniaga dan Zila suka ambil mana-mana peluang yang ada
Antara bisnes yang zila bertahan dari dulu sampai sekarang adalah bisnes tudung Zila
Walaupun musim PKP ni tudung sarung zila merundum dan kurang sangat permintaan,
Zila terpaksa menukar kedai tudung zila menjadi kedai untuk alter baju ataupun tudung sebab kita kenalah grab apa dia peluang yang ada dekat skrin dan kita ni untuk kita survive dengan kedai kita
Tapi korang faham lah kan musim PKP ni lagi-lagi kess dekat Malaysia dah 17k, kadang-kadang sehari tu tak ada langsung pun kerja tak ada pun orang mesej nak alter baju
Yalah orang pun takut nak datang!!
Orang pun takut nak keluar rumah!
Sedangkan kedai tu kena bayar sewa jadi terpaksa bayar sewa tiap bulan sebab tak nak tutup kedai tu
Sebab zilaa memang sayang sangat dengan bisnes kedai jahit ni sebab-sebab peribadi
Jadi macam mana pun saya tak akan pastikan mesin-mesin untuk sentiasa digunakan supaya dia tak rosak
Zila akan jaga mesin-mesin tu semua sebab mesinn mesin tu semua dan barang-barang tu kebanyakannya tinggalan daripada arwah mak zila, Norma binti Sulaiman.Al FAtihah mak..
Inilah kedai kitaorang masa dekat Sri Gombak dulu. Dan ini adalah kedai pertama yang nak sewa untuk betul-betul serius dalam menjahit sebab bila menjahit ni barang sangatlah banyak terutamanya mesin mesin, meja-meja nak menjahit ni bukan kecil kecil tapi besar sebab bila kita nak bentang kain yang 60 inci tu memang perlukan meja yang besar.
Meja ni pun abah berilah yang buatkan sebab abah memang pandai menukang ni jadi Kita minta tolong dia buatkan meja ni
Zila masani dah pindah kat Paka jadi yang banyak urus kedai ni mak kakak dan juga abang
Kami bertahan kat kedai ni pun masa tu lebih kurang setahun lebih je
Best sangat duduk kedai ni sebab bawah kedai McDonald's depan kedai kedai roti jadi bila dapat kita orang senang Jah turun kat bawah tu cari makanan
Kat depan kedai pun bendera restoran berderet kedai makan jadi boleh terus order je kat bawah tu senang jalan kaki je.
Memang kenangan sungguh kedai ni
Kadang-kadang zila balik juga Dari Paka balik ke KL dan Zila akan jahit tempahan-tempahan tudung yang banyak
Ini pula kedai kedua at ADDNUR
Yang terletak dekat Rawang apartment berdekatan dengan KTM Batu caves
Nama apartment to zila dah tak ingat dah
Rasanya puan Zila jarang ada sebab memang zila duduk kat Paka
Jadi banyak order semua zila pas kat akak Zila dan mak untuk selesaikan
Yalah sebab customer lama semua banyak yang kenalan zila jadi mereka ni lah yang tak putus-putus order Alhamdulillah
Masa ni kedai ni betul-betul depan dengan swimming pool memang best gila kalau balik Gombak zila akan duduk dekat kedailah akan datang kedai ni dan bawa anak Zila sekali masa tu baru ada Aaisya seorang je
Masa tu Aisya baru setahun tak pandai cakap pun lagi
Puas lah Abi dia dan Aisya main air bila free Je dia orang akan mandi kat swimming pool tu sampai biru-biru badan
Masih kat kedai ni pun kami ambil alter baju tempahan baju kurung semua ,dan juga tempahan tudung
jadi semua kerja pum kami ambil
Sampailah satu masa akak sudah dapat kerja masa tu mak pun dah tak berapa sihat jadi kita ambil keputusan tutup kedai tu sebab dah tak ada orang nak jaga
Jadi zila kat Paka ni dah tak senang duduk sebab sayang mesin-mesin tu tak guna
jadi kebetulan masa tu rumah berdekatan Zila ni nak sewa jadi zila cepat-cepat sewa
terus buat keputusan bincang dengan suami nak bawa mesin semua datang dekat Paka
Alhamdulillah Allah permudahkan terus sewa lori angkut mesin dan barang-barang sampai kat Paka terus baru masuk dalam rumah sewa itu
pada 2017 bermulalah kedai jahit yang Zila urus diri dekat Paka ini, gambar zila tak jumpa nanti saya akan cari balik dari masuk dalam blog ni sebagai kenangan
Masa tulah bermula segalanya Zila memperkenalkan kedai tu pada orang-orang Paka
dan bukan senang nak naik kedai tu
bukan senang orang nak tahu ambil masa bertahun juga
Tapi zila sabar dan terus iklan dan dalam masa yang sama masa tu kita aktif jahit tudung dan sila buat marketing online jual dekat Facebook ads
No comments:
Post a Comment